Pilih Masa dan Tempat Sesuai Untuk Belajar Setiap orang pasti mempunyai tempat yang menarik dan masa untuk belajar. Sebagai pelajar, pemilihan ruang belajar dan masa belajar sangat mempengaruhi keberkesanan kaedah pembelaran anda. a) Pemilihan ruang belajar Ruang belajar yang sesuai kepada setiap pelajar adalah ruang yang senyap, selesa dan jauh dari gangguan. Ia akan membuatkan anda lebih gembira, lebih berinspirasi dan lebih fokus terhadap pekara yang anda lakukan. Untuk menambah lagi keserian ruang belajar ini, ianya boleh dihiasi dengan gambar mahupun objek kegemaran anda. Jika anda mahu mendengar muzik ketika belajar, anda boleh menyediakan ruang untuk mendengar muzik tersebut. b) Pemilihan masa Sesetengah orang kebiasaanya lebih selesa belajar pada waktu pagi. Tapi ada juga orang yang selesa pada waktu malam. Pilih masa belajar anda bersesuaian dengan jadual belajar anda. Jangan belajar melebihi masa tidur anda. Berjaga terlalu lama untuk belajar pada lewat malam ...