Posts

Showing posts from October, 2024

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Image
  Ambil Masa Berehat Sangat penting untuk anda berehat sebentar setelah penat belajar atau menghadapi stress ketika belajar. Belajar terlalu lama akan mengurangkan prestasi pembelajaran anda. Ketika mengambil masa untuk berehat, pastikan anda berada jauh dari meja atau ruang belajar anda. Lakukan sedikit senaman fizikal atau berjalan-jalan sebentar kerana ia dapat mengurangkan stress yang anda hadapi.

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Image
  Ketahui Gaya dan Kaedah Belajar Anda Setiap pelajar akan mempunyai cara pemblejaran tersendiri. Mengetahui gaya belajar yang sesuai dengan diri anda akan membuatkan diri anda lebih selesa untuk belajar dan seterusnya membantu anda untuk lebih memahami apa yang sedang anda pelajari. Disini terdapat 3 gaya pembelajaran : a) Pendengaran Pelajar yang belajar melalui pendengaran digalakkan untuk belajar dengan membaca nota secara kuat dan berbincang perkara yang dipelajari dengan kawan lain (study group). b) Penglihatan Pelajar jenis ini digalakkan untuk banyak melihat. Cuba untuk menggunakan warna di dalam nota dan lukis diagram/rajah seperti peta minda bagi membantu anda mencari kata kunci. c) Kinestetik/Taktikal Pelajar ini digalakkan untuk belajar menggunakan perbuatan. Cuba untuk melakukan Teknik seperti berlakon atau membina model bagi mendapatkan kata kunci pembelajaran dan memudahkan untuk faham.

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Image
  Pilih Masa dan Tempat Sesuai Untuk Belajar Setiap orang pasti mempunyai tempat yang menarik dan masa untuk belajar. Sebagai pelajar, pemilihan ruang belajar dan masa belajar sangat mempengaruhi keberkesanan kaedah pembelaran anda. a) Pemilihan ruang belajar Ruang belajar yang sesuai kepada setiap pelajar adalah ruang yang senyap, selesa dan jauh dari gangguan. Ia akan membuatkan anda lebih gembira, lebih berinspirasi dan lebih fokus terhadap pekara yang anda lakukan. Untuk menambah lagi keserian ruang belajar ini, ianya boleh dihiasi dengan gambar mahupun objek kegemaran anda. Jika anda mahu mendengar muzik ketika belajar, anda boleh menyediakan ruang untuk mendengar muzik tersebut. b) Pemilihan masa Sesetengah orang kebiasaanya lebih selesa belajar pada waktu pagi. Tapi ada juga orang yang selesa pada waktu malam. Pilih masa belajar anda bersesuaian dengan jadual belajar anda. Jangan belajar melebihi masa tidur anda. Berjaga terlalu lama untuk belajar pada lewat malam ...

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Image
  Rancang Masa Anda Perancangan masa yang teliti sangat membantu dalam memanfaatkan sepenuhnya masa belajar anda. Antara kaedah yang dapat yang anda dapat lakukan untuk merancang masa anda dengan baik adalah seperti berikut:- a) Membuat jadual belajar sendiri Dengan menyediakan jadual belajar sendiri, anda akan lebih peka dengan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Jadual belajar yang baik perlulah disusun mengikut subjek dengan waktu-waktu tertentu. Dengan ini anda akan dapat memberikan sepenuh perhatian pada satu-satu subjek mengikut waktu-waktu yang telah disusun. Selain itu, jadual yang baik juga perlulah disertakan dengan tarikh-tarikh penting seperti tarikh peperiksaan yang bakal berlangsung, dan juga tarikh kita perlu menghantar tugasan yang diberikan guru supaya kita tidak terlepas pandang. b) Senaraikan segala perkara yang perlu disiapkan Sebagai pelajar kita sewajarnya menyenaraikan segala perkara yang perlu kita siapkan pada permulaan setiap minggu. Senaraikan ...

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Image
  Belajar Setiap Hari Belajar setiap hari sangat membantu untuk mengingati setiap perkara yang telah anda pelajari. Ia juga mampu membantu anda untuk lebih memahami topik yang anda telah pelajari. Lebih penting, belajar setiap hari dapat mengelakkan diri anda daripada menghadapi stress pada saat akhir apabila waktu peperiksaan semakin hampir. Jika anda mempunyai masalah untuk luangkan masa dengan belajar, anda seharusnya mengorbankan beberapa aktiviti harian anda (bukan semua aktiviti) bagi memastikan anda mempunyai masa yang secukupnya digunakan untuk belajar. Sebagai contoh, mungkin anda perlu mengurangkan masa bersama media sosial atau korbankan masa anda bersukan pada hujung minggu untuk belajar mahupun mengulangkaji pelajaran.

BIODATA DIRI SAYA

Image
BIODATA DIRI SAYA Assalamualaikum dan hi semua. Nama saya ialah Adam Harith Bin Mohd Hazlan. Saya dilahirkan di Hospital Pantai Bangsar,Kuala Lumpur pada tanggal 27 Februari 2010. Saya merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik dan saya mempunyai 2 adik perempuan. Ibu dan bapa saya bekerja sebagai pegawai swasta di Kuala Lumpur. Saya tinggal di Kajang,Selangor. Saya bersekolah tadika di Tadika Laman Asuh Didik sewaktu berumur 4 tahun hinggan 6 tahun. Kemudiannya, saya menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al - Iman sehingga darjah 5 dan kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Saujan Impian 2  di Kajang, Selangor ketika darjah 6. Sekarang saya belajar di Maktab Rendah Sains Mara Besut.  Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Yusrilnida selaku guru Sains Komputer yang banyak mengajar dan membimbing saya untuk menyiapkan blog ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog ini dan moga memberi manfaat kepada sem...